cc

nuff

zz

Social Media Exchange Website - Likenation

Saturday 17 May 2014

Redah Je - SEBUAH LAGI PLAT NUMBER KENDERAAN YANG BAWSE

Hmmmmm...


Street legal? Yang pasti motosikal Sons of Anarchy ini memang cun gila. Diambil di A&W berhampiran Amcorp Mall.






Redah - Retweet And No Finals : Kegilaan Twitter Untuk Pelajar Yang Pemalas (12 Gambar)

Pemalas

Di Twitter sekarang banyak kali kami lihat pelajar di Amerika Syarikatmeminta RT dengan harapan mereka tidak akan menduduki peperiksaan akhir semester. Pemalas betul. Diharap student di Malaysia tak ada yang meniru kemalasan macam orang Amerika. 

IN B4 BRB NAK BUAT SEKARANG






Monday 10 March 2014

MH370: Vietnam tawar lebih banyak bantuan untuk misi SAR


HANOI: Vietnam menawarkan lebih banyak bantuan bagi mencari pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang dipercayai hilang berhampiran sempadan perairan negara itu, lapor Viet Nam News.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Vietnam, Pham Binh Minh berkata pihaknya telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman bahawa Vietnam sedia bekerjasama dan memberi sepenuh bantuan untuk misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat berkenaan.

Minh berkata, kerajaan dan rakyat Vietnam amat mengambil berat mengenai apa yang berlaku.

Katanya, Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung sendiri terbabit secara langsung dengan usaha SAR dan memberi tumpuan khusus mengenai kejadian berkenaan.

Belau menjelaskan Perdana Menteri Vietnam mengrahkan agensi berkaitan supaya berkerjasama lebih rapat dengan Malaysia dan sentiasa memberi maklumat terkini mengenai pesawat berkenaan.

Penemuan objek didakwa milik MH370 belum disahkan - DCA


KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan PenerbanganAwam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman memaklumkan laporan berkenaan penemuan beberapa objek yang didakwa milik pesawat MH370, belum disahkan secara rasmi.

Beliau menjelaskan bahawa operasi mencari dan menyelamat memerlukan bukti yang kukuh sebelum membuat rumusan mengenai apa yang berlaku ke atas pesawat tersebut.

"Ada pelbagai laporan terlihat objek termasuk dakwaan terlihat objeck berupa bahagian dalam pintu pesawat. Bagaimanapun laporan itu tidak disahkan oleh pihak berkuasa Vietnam.

"Kami telah menghubungi pihak berkuasa Vietnam semalam, dan mereka telah sahkan tidak mengesan apa-apa objek sedemikian. Oleh itu kami tidak dapat memaklumkan bahawa objeck tersebut telah dikesan," jelas Azharuddin.

Beliau juga memaklumkan, pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut mengesan tumpahan minyak di Laut China Selatan.

Katanya APMM telah pun menghantar sampel tumpahan itu ke makmal untuk dianalisis, dan keputusan analisis itu akan diberitahu kelak.

Sementara itu, pihak DCA juga tidak akan mendedahkan apa-apa maklumat mengenai dua individu yang menaiki pesawat MH370 menggunakan pasport curi kerana tindakan itu boleh menjejaskan siasatan.

"Saya tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat berkenaan dua penumpang itu kerana mereka di bawah siasatan, dan apa-apa maklumat yang saya berikan boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan," tegasnya.

Penerbangan MH370 itu disahkan DCA sebagai hilang daripada radar pada 1.30 pagi Sabtu, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Sebelum itu, MAS dilapor berkata pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi.

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berkenaan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi Sabtu.

Operasi mencari dan menyelamat pesawat itu telah masuk hari ketiga, namun ia masih gagal dikesan.

Sunday 9 March 2014

Wajah-wajah krew kabin pesawat MH370

KUALA LUMPUR : seluruh kakitangan dan pegurusan Penerbangan Malaysia(MAS) amat terasa dengan insidenyang meninmpa MH370, khususnya di kalangan anak-anak kapal yang mengenali antara satu sama lain.

Media sosial juga turut menjadi tempat meluahkan perasaan sebilangan krew yang pernah dan masih bekerja sebagai krew kabin






Kita hanya mampu mendoakan semoga mereka selamat.

Ringkasan hari kedua misi mencari pesawat MH370





KUALA LUMPUR:Usaha mencari dan menyelamat terus ditingkatkan bagi mencari pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 yang dilaporkan hilang pada awal Sabtu pagi. Usaha ini juga ditingkatkan dengan kerjasama beberapa negara jiran dan juga Australia dan Amerika Syarikat.

Ahli keluarga penumpang pesawat MH370 masih ingin maklumat yang kukuh.

Berikut adalah antara perkembangan yang berlaku hari ini:
  • Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA)Datuk Azharuddin Abdul Rahmanberkata operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang berlangsung tanpa henti sejak semalam diperhebat pagi ini dengan tambahan tiga pesawat. 
  • Pemangku Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Hishammuddin Husseinjuga mengesahkan bahawa dua tompokan minyak memang ditemui di perairan Vietnam semasa operasi mencari yang dilakukan oleh pihak berkuasa negara itu.
  • Laman web akhbarThe Guardianmelaporkan bahawa dua orang lelaki yang tersenarai sebagai penumpang MH370 , tidak menaiki kapal terbang tersebut. 
  • Susulan itu,pihak berkuasaterus menyiasat semua penumpang yang tersenarai sebagai penumpang pesawat MH370.
  • Pada sidang media yang diadakan pada jam 8 malam,Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata identiti dua individu yang didakwa menaiki pesawat MAS MH370 dengan pasport palsu telah dikenalpasti.
  • Biro Penyiasatan Persekutuan(FBI) akan mengerahkan ejen dan pakar teknikalnya bagi membantu siasatan dalam kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370.
  • KawasanAnjung Tinjaudi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang di hadkan hanya kepada keluarga dan waris penumpang pesawat MH370 semalam kini dibuka kepada orang awam.
  • Ahli keluargapenumpang MH370 lebih bersedia untuk luahkan perasaan bersama kaunselor Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
  • Sementara itu, sebanyak 20 pekerjaFreescale Semiconductormerupakan antara penumpang pesawat MH370
  • Panglima Tentera Udara DiRaja Malaysia(TUDM), Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata terdapat kemungkinan besar pesawat tersebut cuba berpatah balik dari laluan asalnya disebabkan masalah-masalah tertentu.
  • Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China,Li Jiaxiangmelaporkan beberapa serpihan pesawat ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia.
  • Perdana Menteri AustraliaTony Abottberkata Australia akan menghantar dua pesawat mencari dan menyelamat jenis P-3C Orion, Maritime Surveillance Aircraft untuk membantu operasi mencara pesawat MH370 yang dilaporkan hilang.
  • Pakar anti keganasan antarabangsa,Profesor Rohan Gunaratnakebarangkalian MH370 dirampas pengganas amat rendah.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan membuat sebarang kesimpulan mengenai dakwaan ancaman pengganas yang dikaitkan dengan pesawat MH370.
  • Pasukan penyelamat Amerika Syarikat berkata objek mencurigakan yang dikenalpasti terapung di pulau Tho Chutidak ada kena mengena dengan pesawat Malaysia Airlines MH370.



Sunday 26 January 2014

[Eklusif] JANGAN KAHWINI 6 Jenis WANITA Ini

JANGAN KAHWINI 6 Jenis WANITA Ini | PESAN RASULULLAH SAW | Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki: “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.



1.Wanita Ananah:

wanita yang banyak membebel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati. 


2.Wanita Mananah:

wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangunkan rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah:

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah:

melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebegini merunsingkan kepala lelaki. Apa yang dilihat semua dia inginkan. Dia juga suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah: ada 2 makna,

Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah:

banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Bebelanya itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan tukang bebel saja.