cc

nuff

zz

Social Media Exchange Website - Likenation

Tuesday, 3 September 2013

IBU PERSOAL STACY PELUK ISLAM TANPA PENGETAHUAN!


IBU PERSOAL STACY TUKAR AGAMA TANPA PENGETAHUAN | Sebaik tahu cerita Stacy masuk islam, ibunya bertanya kenapa tukar agama tanpa maklumkan keluarga terlebih dulu.

Namun, selepas menjelaskan gadis dalam gambar itu bukan dirinya, ibunya faham dan tidak lagi memanjangkan perkara itu.

Stacy akui dia memang mengagumi agama Islam tetapi buat masa ini belum terfikir untuk bertukar agama.

Berita tergempar juara Akademi Fantasia musim keenam, Stacy peluk Islam dengan nama Nur Aisyah Rabiah yang tersebar luas di Internet mengejutkan peminat, baru-baru ini.

Pelbagai reaksi diberi, ada yang gembira dan siap ucap tahniah dan tidak kurang juga keliru.

Bagaimanapun, Stacy yang dimaksudkan bukan penyanyi lagu Kasanova tetapi gadis lain yang nama sebenarnya Stelly.

Lawak jepun belajar mengira

gambar adira mendada dan playgirl

Gosip liar yang melanda gadis kelahiran Kundasang, Sabah, Siti Adira Suhaimi, 22, memang tidak pernah habis sejak dari mula terlibat dalam dunia hiburan.

Bermula dengan dakwaan bercinta dengan Hafiz AF, pemuzik AG Coco dan Alif Aziz, kini penyanyi lagu Ilusi itu dikaitkan pula bercinta dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia, Shahrul Nasrun Kamaruddin.

Ekoran banyak kali bertukar-tukar pasangan atau kekasih, sesetengah individu yang cemburu dengan popularitinya telah mencop Adira sebagai perempuan "playgirl" dan suka mempermainkan perasaan orang lain.

Ketika diminta mengulas oleh wartawan Berita harian berkenaan gosip terbaru itu, Adira tampil membuat penjelasan panjang lebar termasuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Ikuti penjelasan jujur Adira di bawah.

"Mereka sekadar nampak luaran, tetapi orang tidak tahu apa sebenarnya yang saya lalui. Saya tidak makan hati dicop sebagai "playgirl", yang penting saya bukanlah wanita yang suka menabur janji manis dengan ramai lelaki dalam satu masa."

"Saya masih muda, jadi saya berhak berkawan dengan ramai orang untuk memilih yang terbaik. Segala tuduhan yang dilemparkan kepada diri saya pula tidak akan sesekali membuatkan kerjaya nyanyian saya goyah. Malah saya masih kuat apatah lagi dengan sokongan keluarga yang membantu saya meneruskan langkah dalam bidang ini."

Bagaimana Jutawan Ini Parking Kereta Mewahnya